Tuesday, April 3, 2012

Kenapa Perlu Solat Di Awal Waktu?



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.

Monday, April 2, 2012

Cara Mudah Baca Novel Atau Buku Kegemaran Korang Secara Online

Cara Mudah Baca Novel Atau Buku Kegemaran Korang Secara Online

Thursday, March 29, 2012

5 Jenis Cinta Dalam Islam

5 Jenis Cinta Dalam Islam

Wednesday, March 28, 2012

oH rOjaK: Rekaan Dalaman untuk bilik tidur (15 Gambar)

oH rOjaK: Rekaan Dalaman untuk bilik tidur (15 Gambar): Entri kali ni aku nak kongsikan rekaan dalaman untuk bilik tidur, untuk korang yang susah sangat nak tidur pon boleh tinjau2 kat sini tp ka...

Sebagai Tauladan Untuk Semua...

TEKA - TEKI IMAM GHAZALI PADA MURIDNYA........KLIKK!!!

Iktibar untuk semua.... KLIKK!!!

Tentang Anak-anak.. KLIK!!!

Kisah Benar.....pentingnya doa yang ikhlas ketika dalam sakaratul maut | RESTORAN MEE UDANG D' TANJUNG

Kisah Benar.....pentingnya doa yang ikhlas ketika dalam sakaratul maut | RESTORAN MEE UDANG D' TANJUNG

Kamus....

kepada sesiapa yang mahu cari free software kamus, klik kat   KAMUS .... pilih je 6t ye adik kakak abg makcik pakcik datuk nenek....... (*_^)

Jadikan Pendrive Sebagai Ram

Korang percaya x yang pendrive boleh jadi sebagai ram?
Itu la apa yang saya ingin kongsikan kat korang pada malam ini.. Sebelum tu saya nak citer skit..
Biasa la korang mesti ade mengeluh sebab komputer atau lappy korang lembab la, lambat loading, hang, tersekat la n sbgnya..Kalau korang nak tahu,salah satu  punca masalah kom korang jadi lembab tu adalah disebabkan ram korang kecik, maksud saya kapasiti bagi ram dalam kom korang adalah sedikit…kebiasaannya masalah sebegini mereka kom korang pakai ram adalah kebiasaannya seperti 512mb hingga 1 gb..
So kalau korang nak upgrade atau tambah ram korang, mestilah pakai duit kan..jadi lepas ni korang x payah pikir dah pasal, korang cuma perlu mempunyai pendrive je.. korang cuma ikut step di bawah ni..

Tutorial bahagian nie hanya untuk Windows 7 dan Vista sahaja.
1) Masukkan pendrive korang. Buka My Computer dan klik kanan dekat pedrive icon, Klik properties.
2) Klik ReadyBoost dan korang akan nampak dekat bawah nie. Sekarang korang boleh pilih sama ada untuk Dedicate this device to ReadyBoost ataupun Use this device. Korang jugak boleh pilih  berapa banyak jumlah  ruang yang korang nak gunakan untuk ReadyBoost.
Dah siap..klik Apply dan klik OK…..siap….sekarang Pendrive korang dah boleh digunakan sebagai RAM…..untuk Windows XP aku akan beritahu sotware yang boleh digunakan untuk tukar pendrive sebagai pengganti RAM…..
Untuk yang pakai win XP
Korang kena guna software.. Klik Sini Untuk Download
Korang ikut je step yang disuruh dalam software ni..

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU





1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.



[Gaya Hidup Sihat]Beberapa faktor kenapa VITAMIN TIDAK BERKESAN. 
[Gaya Hidup Sihat]Khasiat VIVIX : Kekal Sihat, Bertenaga dan Awet Muda

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥


Copyright© LifeFit.my

Cara Nak Tukar Saiz Pendrive 2gb kepada 4gb

1. Muaturun file tersebut disini.
2. Kemudian extract dan klik pada Drive Increaser 2.
3. Format pendrive tersebut.
4. Masukkan filename pendrive dan ikut langkah seterusnya.
5. Siap.


sebelum

dan selepas
Dan sekarang pendrive korang yang saiznya agak kecil akan bertukar ke 4GB. Tak percaya? Cuba la sendiri dan lihat hasilnya.

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey