Sunday, August 5, 2012

SUKA CINTA SAYANG

Suka Cinta Sayang Perbezaan Antara Suka, Sayang Dan Cinta
Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
 Perbezaan Antara Suka, Sayang Dan CintaSaat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.
.
Saat kau menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku menciummu?”
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku memelukmu?”
Saat kau mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya…
.
SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata “Sudahlah, jgn menangis.”
SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dibahumu sambil berkata, “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. “
.
SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,”Ia sangat cantik/tampan dan menawan.”
SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,”Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..”
.
Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu,maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.
Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu,engkau akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu,kau akan berkata,”Tak apa dia hanya tak tau apa yang dia
lakukan.”
.
Pada saat kau suka padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kau sayang padanya, kau akan MEMBIARKANNYA memilih.
Pada saat kau cinta padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus.
.
SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kau akan menemaninya tak perduli bagaimana pun keadaanmu.
.
SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

Thursday, August 2, 2012

Salam ramadhan al-mubarak ...

Assalamualaikum kengkawan.. Selamat menghadapi ramadhan al-mubarak diucapkan.. Semperna dibulan ramadhan ini, terdapat beberapa perkara yang singin dikongsi bersama.. Saya semasa duk kusyuk2 membelek ternet ni.. So, jom klik DI SINI.. atau  http://www.petuatradisional.com/tips/
Kot2 boleh membantu anda.. Macam2 ada.. Selamat melayarinye ek....  


Wednesday, August 1, 2012

10 Perkara Memeranjatkan Dalam Suatu Perkahwinan

Semasa duk2 klik site, terjumpalah 1 benda ini. At least, taula jg ckit2..hehehe..So, lets read together....

muka+terkejut 10 Perkara Memeranjatkan Dalam Suatu Perkahwinan
1. Berkahwin tidak bermakna korang tidak akan keseorangan lagi.
“Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan. ”
2. Berkahwin tidak bermakna korang akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala korang akan merasakan diri sudah tidak dicintai.” Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.
3. Korang masih perlu menghangatkan suasana.
“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.
“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar… kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
“Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir. ”

6. Pasangan korang akan berubah mengikut masa.
Korang harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras, bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Korang tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.
Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.
Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.
Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, korang mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan korang mungkin akan berubah hati. Sanggupkah korang?

**betul juga ...tp y plg gerun adalh no1,2,6,10... itula pasal.. org kwin, kite nk kwin jg..
 tp tak tau ape2 (krg pengetahuan) bab ni... (#__#)

Ayat Motivasi dan Mutiara Kata

Sedikit Ayat Motivasi dan Mutiara Kata

(1) Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
(2) Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
(3) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
(4) Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan
(5) Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
(6) Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
(7) Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
(8) Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
(9) Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
(10) Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
(11) Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
(12) Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…
(13) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
(14) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
(15) Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
(16) Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
(17) Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
(18) Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
(19) Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
(20) Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159
(21) Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey