Monday, March 12, 2012

PENDINDING RUMAH....

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit info tentang pendinding rumah @ dengan nama lain memagar rumah.. Ia juga boleh dilakukan semasa kite baru pindah... atau mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan dibawah ...


Adakah Rumah anda mempunyai salah satu tanda-tanda di bawah??

1-kadang-kadang terdengar bunyi guli jatuh di dalam rumah
2-terdengar sesuatu benda jatuh dari bumbung.dan kebiasaannya perkara ini berlaku pada   waktu malam
3-bila masuk ke dalam rumah tidak rasa tenang dan apabila berada di luar rumah sebaliknya berlaku
4- keadaan rumah suram dan menyeramkan
5-terhidu bau bangkai atau sesuatu yang busuk dan tidak menjumpai puncanya

Tips Memagar Rumah


 A.Bacaan
     1. Baca Surah Yasin
     2. Al-Fatihah,Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-nas Sebanyak 7x
     3. Surah Yasin ayat 9     = 21x
     4. Surah al-a'raf ayat 17 = 21x

B. Bahan
      1. Garam
      2. Daun Pandan 14 Helai @ Limau Purut 14 Biji
      3. Minyak Kasturi (Putih @ Hitam)

C. Kaedah

    Pastikan rumah tersebut bebas daripada sebarang azimat, tangkal dan unsur-unsur yang mensyirikkan Allah
    Sediakan 1 baldi air (mengikut keluasan dalaman rumah)
    Campurkan garam,daun pandan 14 helai @ limau purut 14 biji dan  minyak kasturi tadi
    Masukkan air yang di campur tadi ke dalam botol semburan.
    Buka pintu , tingkap dan almari
    Pasang cd ruqyahsehingga selesai kemudian azan sekali di tengah rumah
    Sembur di setiap ruang rumah ketika menyembur baca ayat kursi berulang-ulang sehingga selesai

Jom Exchange Bloglist Dengan BLOG RILEK-RILEK




 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey