Thursday, March 8, 2012

MADAH PUJANGGA DARI USTAZ LOVE

Madah pujangga ini saya ambik dari Ustaz Love... meh kita pakat baca ramai2....
.
1. “Apabila kentut dilepaskan, maka bersedialah untuk dibahan”.. maksudnya : Apabila kita melakukan kesalahan, maka bersedialah untuk dikutuk dan dihina serta dicaci-maki.
2. “Itik tidak mati kelemasan, ular tidak mati kekenyangan”.. maksudnya : Jika kita melakukan sesuatu pekerjaan mengikut keupayaan dan kemahiran kita, insyaAllah, kita dapat mengurangkan risiko kegagalan.
3. “Sedap sungguh hidung dikorek, tapi tahinya ditempek2″.. maksudnya : sekalipun kita bergembira menikmati hasil, bahan buangannya jangan dibiarkan merata2.
4. “Sekalipun kentut tidak berbunyi, ia tetap akan berbau”.. maksudnya : suatu keburukan sekalipun tiada orang yg tahu, ia tetap merupakan suatu yg buruk.
5. “Selepas berak flushlah jamban”.. maksudnya : Selesaikanlah sesuatu kerja sampai habis, jangan buat separuh jalan.
6. “Untuk membakar sebuah bangunan yang besar, hanya memerlukan api sebesar mancis”.. maksudnya : masalah yang besar kadang2 berpunca daripada sebab yang kecil.
7. “Panas setahun bisa dihapuskan oleh hujan sehari, hujan setahun tak mampu dikeringkan oleh panas sehari”.. maksudnya : melakukan amalan berpahala boleh menggugurkan dosa2, tetapi dosa2 tidak akan menghapuskan pahala.
8. “Dinamakan kentut hanya bila keluarnya angin di bawah, tetapi bila sudah keluar sekali dengan isi, ianya dinamakan berak”.. maksudnya : persepsi manusia selalunya dikaitkan dengan pandangan yg paling buruk. Jika ada 2 keburukan, selalu dilihat yg paling buruk. Jika ada 2 kebaikan pd seseorang, biasanya dilihat kebaikan yg paling kecik.
9. “Dalam masa itu ada masanya”.. maksudnya : setiap org diberikan masa yg sama (24 jam) tapi dalam masa itu, ada yg terasa lama, dan ada yg terasa singkat. Umpama seorang yang nak mati, kita tengok betapa mudah kematiannya.. sedangkan hakikatnya hanya dia yg mengetahui betapa lama masa dia bertarung sebelum nyawa dicabut. Kes ini boleh difahami juga bagi ibu2 yg nak beranak.. suami tunggu kat luar mungkin dalam 15 minit dah bersalin, tetapi ibu yg merasainya mungkin terasa macam 15 jam.. terasa lambatnya jarum bergerak.
10. “Kucing semalam pasti akan datang lagi hari ini”.. maksudnya : kebaikan yang kita lakukan, juga kejahatan yg kita buat pada orang lain, pasti akan diingati sampai bila2.
11. “Tahi lalat tidak dikategorikan sebagai najis”.. maksudnya : Label dan panggilan itu belum tentu memberikan maksud yg sebenar.. maka, perlu diperhatikan kebenarannya sebelum mempercayainya.
12. “Terlalu asyik menggaru kurap hingga tak sedar darah sudah bercucuran”.. maksudnya : biasanya kita tak sedar bila dah asyik melakukan sesuatu, hinggalah bila dah rasa pedih dan terluka, baru kita rasa menyesal melayan keasyikan itu. Ini kerap terjadi kepada pasangan yg bercinta.
13. “Jika terbersin ke muka orang, mohonlah kemaafan sekalipun itu tak disengajakan”.. maksudnya : sekalipun kita tak sengaja melakukan sesuatu kesalahan, ia tetap memberikan kesan kepada orang yang terlibat.. maka wajarlah kita memohon kemaafan.

Baca Surah Al-Kahfi Hari Jumaat


Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya (Jumaat) sebagaimana pendapat Imam Syafi’i
(Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).

Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.



From Abu Sa’eed al-Khudri, who said: “Whoever reads Soorat al-Kahf on the night of Jumu’ah, will have a light that will stretch between him and the Ancient House (the Ka’bah).”
(Narrated by al-Daarimi, 3407. This hadeeth was classed as saheeh by Shaykh al-Albaani in Saheeh al-Jaami, 6471)

 “Whoever reads Surah al-Kahf on the day of Jumu’ah, will have a light that will shine from him from one Friday to the next.” 
(Narrated by al-Haakim, 2/399; al-Bayhaqi, 3/249. Ibn Hajar said in Takhreej al-Adhkaar that this is a hasan hadeeth, and he said, this is the strongest report that has been narrated concerning reading Soorat al-Kahf. See: Fayd al-Qadeer, 6/198. It was classed as saheeh by Shaykh al-Albaani in Saheeh al-Jaami’, 6470)

Amalan Baik Sebelum Tidur

Amalan Baik Sebelum Tidur


Setelah seharian kita menjalani kehidupan, Bila malam datang, sudah sampai masanya untuk kita tidur. Adakah kita terus tidur? tiada apa2 tips2 tambahan ke nak buat sebelum tidur? di sini ada sedikit amalan yang baik untuk di amalkan oleh kite sebelum kite tidur.

Suatu masa ketika Rasulullah SAW berada di madinah,beliau pernah bersabda kepada Imam Ali bin Abi Talip mengenai LIMA WASIAT. Sabda baginda, "Ya Ali, janganlah engkau tidur kecuali engkau kerjakan dahulu LIMA masalah ini iaitu:

  • Janganlah engkau tidur kecuali engkau baca Al-Quran kesemuanya.
  • Janganlah engkau tidur kecuali engkau bersedekah dahulu 4 ribu dirham
  • Janganlah engkau tidur kecuali engkau ziarah dahulu kepada Ka'abah
  • Janganlah engkau tidur kecuali engkau jaga dahulu tempat mu di Syurga
  • Janganlah engkau tidur kecuali engkau minta redanya musuh-musuh mu terlebih dahulu.
Ketika Saidina Ali mendengar ini, dia merasa bingung dan terpegun lalu bertanya kepada Rasulullah SAW. Dan bagaimana mengamalkan hal-hal itu ya Rasulullah?. Maka Rasulullah pun bersabda:

  • MEMBACA AL-QURAN KESEMUANYA
Hai Ali tidakkah engkau mengetahui apabila engkau membaca "QUL HUALLAH HU AHAD......" sebanyak 3 kali bererti engkau telah membaca Al-Quran kesemuanya.

  • BERSEDEKAH 4 RIBU DIRHAM
Hai Ali apabila engkau membaca surah AL-FATIHAH sebanyak 4 kalibererti sesungguhnya engkau telah bersedekah 4 ribu dirham.

  • ZIARAH KE KA'ABAH
Hai Ali apabila engkau sebelum tidur membaca "LA ILLA HA ILLAH HU WAHDAHU LA SHARIKALLAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHII WAYUMITU WAHUWA KULLI SHAI INQADIR" sebanyak 10 kali bererti pahalanya sama dengan ziarah Ka'abah.

  • PELIHARA TEMPAT MU DI SYURGA
Ya Ali apabila engkau sebelum tidur membaca "LAA HAWLA WALAQUATTA ILLA BILLAH HILAIL AZIIM" sebanyak 10 kali bererti sesungguhnya engkau telah menjaga tempatmu di syurga.

  • MINTA REDHA KEPADA MUSUH-MUSUH
Hai Ali apabila engkau membaca "ASTAGHFIRULLAH ALAZIIM ALLAZI LAA ILLA HA ILLALLAH HUWAL HAIYUL QAYYUM WA'ATUBU ILLAIH"sebanyak 10 kali bererti engkau telah redhakan musuh-musuhmu..

Subhanallah... sesungguh ALLAH itu MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENGASIHANI. Sebelum nak tidur pun ade jugak peluang untuk kite wat pahala untuk NYA. MAHA SUCI ALLAH,Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya dari MU kami datang dan kepada MU jua kami kembali..

UJIAN MENGENAL JIN DALAM BADAN

klik link dibawah.... banyak juga maklumat yg terdapat dalam blog dibawah.. so, tunggu apa lagi.. selamat meneroka ilmu ghaibb....!!!

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey