Madah pujangga ini saya ambik dari Ustaz Love... meh kita pakat baca ramai2....
.
1. “Apabila kentut dilepaskan, maka
bersedialah untuk dibahan”.. maksudnya : Apabila kita melakukan
kesalahan, maka bersedialah untuk dikutuk dan dihina serta dicaci-maki.
2. “Itik tidak mati kelemasan, ular
tidak mati kekenyangan”.. maksudnya : Jika kita melakukan sesuatu
pekerjaan mengikut keupayaan dan kemahiran kita, insyaAllah, kita dapat
mengurangkan risiko kegagalan.
3. “Sedap sungguh hidung dikorek, tapi
tahinya ditempek2″.. maksudnya : sekalipun kita bergembira menikmati
hasil, bahan buangannya jangan dibiarkan merata2.
4. “Sekalipun kentut tidak berbunyi, ia
tetap akan berbau”.. maksudnya : suatu keburukan sekalipun tiada orang
yg tahu, ia tetap merupakan suatu yg buruk.
5. “Selepas berak flushlah jamban”.. maksudnya : Selesaikanlah sesuatu kerja sampai habis, jangan buat separuh jalan.
6. “Untuk membakar sebuah bangunan yang
besar, hanya memerlukan api sebesar mancis”.. maksudnya : masalah yang
besar kadang2 berpunca daripada sebab yang kecil.
7. “Panas setahun bisa dihapuskan oleh
hujan sehari, hujan setahun tak mampu dikeringkan oleh panas sehari”..
maksudnya : melakukan amalan berpahala boleh menggugurkan dosa2, tetapi
dosa2 tidak akan menghapuskan pahala.
8. “Dinamakan kentut hanya bila
keluarnya angin di bawah, tetapi bila sudah keluar sekali dengan isi,
ianya dinamakan berak”.. maksudnya : persepsi manusia selalunya
dikaitkan dengan pandangan yg paling buruk. Jika ada 2 keburukan,
selalu dilihat yg paling buruk. Jika ada 2 kebaikan pd seseorang,
biasanya dilihat kebaikan yg paling kecik.
9. “Dalam masa itu ada masanya”..
maksudnya : setiap org diberikan masa yg sama (24 jam) tapi dalam masa
itu, ada yg terasa lama, dan ada yg terasa singkat. Umpama seorang yang
nak mati, kita tengok betapa mudah kematiannya.. sedangkan hakikatnya
hanya dia yg mengetahui betapa lama masa dia bertarung sebelum nyawa
dicabut. Kes ini boleh difahami juga bagi ibu2 yg nak beranak.. suami
tunggu kat luar mungkin dalam 15 minit dah bersalin, tetapi ibu yg
merasainya mungkin terasa macam 15 jam.. terasa lambatnya jarum
bergerak.
10. “Kucing semalam pasti akan datang
lagi hari ini”.. maksudnya : kebaikan yang kita lakukan, juga kejahatan
yg kita buat pada orang lain, pasti akan diingati sampai bila2.
11. “Tahi lalat tidak dikategorikan
sebagai najis”.. maksudnya : Label dan panggilan itu belum tentu
memberikan maksud yg sebenar.. maka, perlu diperhatikan kebenarannya
sebelum mempercayainya.
12. “Terlalu asyik menggaru kurap
hingga tak sedar darah sudah bercucuran”.. maksudnya : biasanya kita
tak sedar bila dah asyik melakukan sesuatu, hinggalah bila dah rasa
pedih dan terluka, baru kita rasa menyesal melayan keasyikan itu. Ini
kerap terjadi kepada pasangan yg bercinta.
13. “Jika terbersin ke muka orang,
mohonlah kemaafan sekalipun itu tak disengajakan”.. maksudnya :
sekalipun kita tak sengaja melakukan sesuatu kesalahan, ia tetap
memberikan kesan kepada orang yang terlibat.. maka wajarlah kita
memohon kemaafan.
0 comments:
Post a Comment