Tutorial ringkas untuk meletakkan subtitle ke dalam video secara kekal (hard subbed).
Katakan anda anda satu file video (avi/mkv/etc) dan file subtitle dalam
format .srt anda boleh jadikan video itu dalam satu format video sahaja
beserta subtitle untuk di pasang dalam mana-mana peranti elektronik yang
menyokong video playback.
Letakkan video file dan subtitle file dalam folder sama dan dengan filename yang sama.
Gunakan converter seperti Freemake video converter untuk convert file video kepada hardsubbed.
Tambah video ke dalam task untuk diconvert, dan pada bahagian subtitle pilih file subtitle .srt.
Pilih format video yang anda ingin convert, sebagai contoh saya pilih
MKV. Anda boleh pilih kualiti video yang anda hendak convert itu, atau
kekalkan kualiti dengan file asal.
Anda boleh pilih saiz minimum atau maximum file yang hendak diconvert.
Tunggu process convert selesai, kalau anda pilih MKV biasanya process
convert sangat lama. Saya cuba kecilkan movie Bluray kepada mkv dengan
size 500+ MB untuk contoh ini.
Conversion siap dalam masa 20 minit menggunakan komputer Core i7, proses convert file 3 gig avi kepada 500 MB mkv.
Video yang sudah siap diconvert itu mengandungi file subtitle secara kekal.
Adalah dinasihatkan supaya jangan terlampau merendahkan size video atau
mengubah setting video kualiti, bitrate, resolution kerana ia berpotensi
mencacatkan output video. Cara terbaik ialah trial and error setting
yang terbaik.
Download
Freemake Video Converter (free).